Insaf: Kisah Seorang Supervisor Tidak Sabar Bersara Selepas 30 Tahun Berkhidmat


Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah Syarikat " Property developa " ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikan nya.



Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.

Kita sekarang sedang 'design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak. Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.

Jika kita design dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik akan berbaloilah hasilnya.

Renungkanlah bersama.

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu". - Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sahih.

Kongsikanlah artikel ini jika dirasakan bermanfaat untuk diri sendiri dan insan tersayang. Credit Oh Media

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks