Ini Sebab KJ Tak Puas Hati Dengan Layanan Singapura!



Pada Ahad lalu, perlawanan Piala AFF-Suzuki telah berlangsung di Singapura. Ketika perlawanan itu, pihak berkuasa Singapura mengenakan sekatan ke atas penyokong Harimau Malaya yang mahu menyaksikan perlawanan tersebut. Tindakan itu bagaimanapun telah mengecewakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairyl Jamaludin.

Berikut adalah kata-kata beliau menerusi akaun Facebook miliknya:

Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat beberapa penyokong bola sepak tanah air yang ditahan di checkpoint Tuas di Singapura sebelum perlawanan AFF-Suzuki di negara tersebut pada hari Ahad.

Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura, semata-mata kerana mereka ingin menyaksi perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar.

Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial.

Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan. Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.

Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia. Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti.

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks